Thursday, July 22, 2010

Drama.. aku jadi apa ye???

Salam
Genap seminggu aku tak up date blog ni. Busy-kah????huhuhu jawapannya… agak la (korang x caye??? Ala wat2 caye je k).. lagipun da masuk second week ni mula la terasa yang diri aku da jadi kurang betul sikit. Assignment mula menampakkan “batang idung” dia. Tu belum termasuk project2 yang kena di-sattle-kan sebelum raya ni. Kalu kumpul2 last minute mmg xkan sempat punya. Nak2 time bulan puasa nanti.. byk la alasan bila time nak wat discussion kan.. tapi at least groupmate2 aku sem ni agak excited nak siapkan assignment yang diberi. Mmg besh betul korang nih.

Lepas sesi add drop aritu finally aku dapat jugak subject yang aku nak tuk sem ni. 6 subject semuanya.. Money and Banking, Financial Management, Human Resourse, Malaysia Business Law, Corporate Governance and B.melayu Pengurusan. Complete.. Subject aku pun makin susah. So kena struggle gilak2 la sem ni. Aja..aja…

Tapi kan….. yang xberapa besh, start mmgu ni aku da mula mengantuk time dalam kelas.. aiyoo…canner ekk nak buat. Nak2 lagi time kelas lepas lunch tu. Mata aku mmg akan nampak “rama-rama terbang and daun-daun melambai-lambai” jela. Duk lak dalam kelas air-cond, isshh tambah la sedap mata aku ni nak tertutup. Puas kot nak cover. Da ma madam tu selalu jalan-jalan time lect, so mmg akan cepat ter-kantoi ye puan2 and tuan2 kalu da “tersyahid tuh”..hoho.. nak kata aku xwat preparation untuk mengelakkan mata aku dari tertido, rasa2 aku da wat. Berapa byk coklat (gula-gula) aku wat bekal..tapi still ngantuk jugak. Atau perlukah aku skip lunch???? Ohhh….nasi tu….TIDAK!!!!huhuhu…

Mungkin sebab aku tak berapa sihat lagi dari batuk. Ditambah dengan datangnya tetamu baru iaitu “selsema” yang nak menyebabkan hidung aku tersumbat. So lagi la susah aku nak tidur malam. Da la weekend ni aku ada program. Kena wat performance “drama” tuh. Aiyoo, actually aku tak brapa suka sgt kalu bab2 yang dinamakan acara pementasan camni.. tapiiiii da takder pilihan lain, COMPULSORY for me to join jugak.. kalu diikutkan acara asal aku kena jadi interpreter tuk drama tu. Tapi nasib diaorang ubah plan. Just nak wat story yang simple but still entertaining. Yeke??? Boley la. Tapi aku kena jadi penyair nye??? Syair??? Ohh mmg siang2 aku fail kot. Pantun pun aku susah nak pass, ni lak syair yang kena ber-irama tu.awal2 aku surrender.. then tambah lak sekarang tekak aku tak berapa ber-tone lagi. Karang drama yang sepatutnya penuh emosi bertukar jadi drama “rock” lak ngan suara yang serak-serak kan.

Jadi last2 aku decide jadi pelakon jela. Tapi yang specialnya watak lakonan yang tak perlukan suara. Jadi pe??? Jangan korang gelak lak bila aku bagitau ni. Aku pegang watak….eeiii…segan lak nak bagitau…hahaha.. coz kalu aku bagitau kompem2 korang akan tergelak gilak karang… apa nak tau jugak????nak tau???? Betul-betul nak tau nih???? Huhu.. okey la, dalam drama tu aku jadi…eja ni.. P.O.K.O.K…hahhh?? iye, aku jadi pokok je. bagitau dgn rasa xbersalah nya..HAHAHA….(bukan korang je akan gelak, aku pun gelak sama ni…hahaha(evil laugh).... tu la siapa suruh gatai beria-ia taknak pegang watak yang bercakap, amek ko..huhu.. takper la, yang penting aku participate and aku heppy kan. So jangan gelak lebey2 ye..

Meh aku cerita secara terperincil drama tu. Ada 4 slot semuanya. Slot 1-slot kid, slot 2-scary, slot 3-sad moment and last slot 4-heppy ending. Jalan cerita tu pun aku xtau la camne nak terang. Kena tengok feedback dari penonton hari ahad ni.. hope xder apa2 halangan. ok aku nak tdo dlu, bsk kelas pagi.. sleep time

. besok pagi kelas Business Law. hope x cancel lagi la kelas tu...


Wednesday, July 7, 2010

lagi petua & tips...

Salam..

Kali ni aku nak continue sal petua2 yang masih belum aku bagitau aritu. Let go!!

Petua 4: menangani masalah kulit kering.

Kalau anda hadapi masalah ni, ingat!!! Jangan sekali kali menggunakan bahab berbuih atau sabun pada muka alamt cepat kedut dan tua. Produk mengandungi alcohol juga perlu dijauhi. Toner juga perlu dijauhi krn mengandungi kandungan alcohol atau “astringent” yg akan menambahkan lagi kekeringan kulit. Jika tidur menggunakan penghawa dingin, pastikan sentiasa ada semangkuk air bersih berhampiran katil.. petua2 lain:

1) 1 camca madu asli dihangatkan dan disapu perlahan-lahan pd muka menggunakan jari. Lakukan 10 minit. Bilas dengan air suam dan terus bilas sekali dengan air ais(sejuk)

2) 1 camca besar susu tepung dikacau dengan sedikit air. Ratakan pd muka. Biarkan sehingga kering dan bilas, terus diikuti dgn bilasan air ais.

3) Sebiji mangga, elok yang lembik. Kupas dan kisar lumat. Sapukan pd wajah dan dibarkan kering. Bilas dgn air.

4) Selain dari khasiat untuk kulit kering. Petua ni juga penyeri wajah. Ambil sekuntum bunga mawar segar sebelum habis subuh. Ambil embunnya disapu pd wajah dgn selawat dan niat. Lakukan 3 kali. Kemudian dgn tggn kanan genggam dan hancurkan bunga tersebut selumat yg boleh, dan sapu rata pada muka. Jgn dibilas.


Petua 5: jika kulit muka anda berminyak cuba petua ini
.

Anda juga dinasihatkan jgn cuba menghilangkan minyak dgn menyental kulit wajah menggunakan scrub ata menggunakan pencuci berbuih dan produk beralkohol krn cara “kasar” begini ankan hanya membuat wajah kulit anda menggeluarkan lebih byk minyak. Secara logiknya, cuba anda bygkan jika kulit yg sememangnya mmpunyai minyak, tiba2 berasa kering. Tentu sekali mengikut proses semulajadi kulit akan mengeluarkan lebih byk minyak. Itulah sbbnya anda berasa ganjil knp walaupun mggunakan produk yg khas utk kulit berminyak tetapi hanya pd mula penggunaan shja terasa selesa. Tetapi beberapa jam kmudian kulit anda berminyak smula dan masalah ini tak akan selesai. Itu sbbnya kita perlu mengikut proses semulajadi fisiologi kulit. So barulah masalah ini selesai..

Tips!! Sesuatu produk walaupun tidak ditulis pd lebelnya mengandungi alcohol tetapi jika kulit terasa sejuk apabila diletakkan produk, itu menunjukkan produk tersebut menggandungi alcohol..

1) Segenggam daun sederi dikisar halus dgn sedikit air. Sejukkan dan sapukan rata pada kulit. Bila kering bilas.

2) Segenggam daun bayam dikisar halus dgn sedikit air. Campurkan sebiji kuning telur dan 1 camca the madu lebah. Tempekkan pada muka dan biarkan selama 30 min sebelum dibilas.

3) Daun peria 1 helai, cuci bersih dan ramas. Perlahan-lahan sapukan pd kulit sebelum tidur.


Petua 6: menangani masalah jerawat.

1) Segenggam pujuk jambu batu dikisar lumat. ( 1 sudu besar tepung beras dibancuh dgn sedikit air) atau ( 2 sudu besar beras rendam 2 malam dikisar- ini lebih baik dari bancuhan tepung krn dikhuatiri keasliannya). Campurkan pujuk jambu batu td dgn beras. Tempelkan pd bahagian jerawat sebelum tidur. Jadikan amalan harian.

2) Beberapa helai daun belimbing buluh dan 1 biji buah belimbing buluh tua dgn 1 camca the tepung beras dan sedikit air (utk mudah dikisar). Tempelkan pd jerawat sebelum tidur.

3) Beberapa helai pucuk daun tanjung dikisar dgn pucuk bunga raya putih. Sapukan pd muka dan biarkan kering. Bilas bersih.

4) Ambil sebatang daun lidah buaya. Bersihkan dan rebus dengan api yang perlahan segingga lembik. Keluarkan lendirnya dan sapukan pd bhgian jerawat sebelum tidur.

5) Segenggam daun inai dimasak dgn segenggam kacang dal (kcg dal yg rendam semalaman) dgn 4 gelas air. Didihkan dgn api perlahan sehingga likat. Sejukkan dan gunakan untuk bhgian jerawat.


Petua 7: menghadapi masalah jeragat dan pigmentasi.

1) 1 sudu besar beras yg direndam semalam. 7 helai daun melati, 7 helai daun kemuning dan sedikit ibu kunyit. Kesemua dikisar lumat. Sehari sekali sebelum mandi sapukan pd muka, bila kering bilas.

2) Beberapa putik k=jambu batu dicampur putik bunga melur dikisar dan di tempelkan paa muka. Biarkan 30 min sebelum dicuci. Amalkan selalu.

3) Seketuk ubi kayu dan seketul lobak (carrot) diparut halus. Campurkan sedikit perahan limau nipis. Gaul rata. Sapu pada muka dan biarkan kering. Bilas..

4) Beberapa hlai daun sireh muda dicampur dgn daun teh (rendam dgn air panas dan biarkan semalaman). Kisar kesemuanya dan sapu pd muka seperti masker. Biarkan kering dan bilas dgn air ais.

Sebelum akhir sesi perbincangan kita kali ni (cewahhh), tukar2…. Sebelum aku adios amigos (baru kna ngan aku) izinkan aku member beberapa nasihat supaya dalam kegairahan kita menuju jalan kearah “ diri yang lebih cantik”, kita tidak keterlaluan dan berlebih-lebihan sehingga membawa bencana pada diri dan paling penting jangan taksub sehingga jika apa yg dihajati tidak dapat, terus hilang motivasi diri dan sedih tak ketahuan..

Ingat setiap dalam diri kita, ada satu keistimewaan yang tidak ada pada diri orang lain. so pelulah kita sentiasa bersyukur atas apa yang telah diberi okeih…

Dan petua yang paling berkesan untuk menjadikan wajah sentiasa berseri ialah sentiasa “S.M.I.L.E” dan elakkan tidur siang hari dan bangun pagi setelah naik matahari.. ( hohoho… boleh ke?? Aku pun selalu terbuat yang nih…)


p/s: petua2 yang diberi atas sumbangan “Zai’s Beuty Formula”

Petua kecantikan warisan Diraja

salam…

arinie terasa semangat lak nak tulis post panjang-panjang… (bukan senang kan..huwaahuahhh) emmm pas piker-piker meh aku nak kongsi sket ngan korang tentang “Petua Kecantikan Muka” yang aku tau yang merupakan Rahsia Kecantikan Warisan Diraja.. Diraja???? Ha’ah… xcited tak!!! Haha, kalu tak xcited sila wat2 xcited jela…(harap maklum…”P)

bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling mustahak untuk diberi perhatian ialah kulit yang cantik. Kosmetik atau makeup bersifat sementara( ala-ala iklan Fair & Lovely lak..huhu) so tidak sepatutnya digunakan untuk menutup kulit yang rosak. Perbuatan begini ya mak jah (nada Chef wan..=P)menyebabkan kerosakan kulit jadi bertambah rosak. Jadi lebih baik menangani masalah kulit ini sebelum bertambah rosak dari membiarkannya lebih teruk sehingga sukar dirawat..

tapi ingat!!!!petua yang paling utama “sayangilah wajah anda and sukailah rupa anda seperti anda telah dianugerahkan Allah swt. Bersedialah dari sekarang untuk tetap menyukainya apabila sudah tua nanti.." Bersyukurlah okeih…

coz jika sepanjang hayat kita asyik member tumpuan pada kekurangan diri sudah tentu kita tidak dapat memperhebatkan kelebihan yang ada pada rupa kita. Dan bukanlah orang yang sentiasa tidak berpuas ati hidupnya akan dapat kita lihat wajahnya sentiasa sungul and masam.. cube bayangkan jika setiap ari seseorang itu mukanya masam, camner ek agaknya 10 thn kemudiann??? (sila gunakan kebolehan imagenasi anda sekarang).. tentu muka lebih berkedut, bibir lebih jatuh kebawah & dahi berkerepot berbanding seorang wanita yang dari muda sentiasa tenang & bersyukur.. maka terbitlah airmuka yg sentiasa tersenyum manis, tentu sekali apabila tua kelak akan kelihatan jauh lebih muda & menarik…

“ saat kita berhenti dari melihat kekurangan rupa paras kita saat kita berhenti dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita, maka pada masa itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik.. so berhentilah dari membandingkan diri kita dengan orang lain”

Wahhh terlebih mukadimah la plak…tula kalu da ter-over gini la jadi nya…hoho… okeih2, bek aku lekas bagi tips or petua pertama yang leh aku share ngan korang kan. Kang korang smack down aku lak..

Petua 1: untuk menghilangkan kedut, menegangkan kulit.

Kadangkala masalah kedut & gelebebukan terjadi krn factor usia yang makin meningkat. Tetapi akibat faktor2 laen seperti kulit yg byk terdedah pada sun(matahri), “stress’ akibat tekanan perasaan & persekitaran, tidur yang tidak mencukupi (terasa cam aku jek), dan yg amat ketara ialah bhan kimia dalam produk kecantikan. Jadi janganlah kita tua sebelum usia.. jadi bg menjauhi perkara2 yang diatas, cubalah petua berikut:

1) 10 liter air dgn 500gm daun the(terbaik jika dapat menggunakan “white tea”-jenis daun the cina yg tidak diproses peram). Dicampur dgn 300gm gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman 3 malam berturut-turut, sebelum matahari terbit, sapukan pd kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi n lihatlah hsilnya..

2) Atau cuba petua ini untuk menambah seri wajah. Ambil sebesar ibujari lempuyang wangi, kunyit juga sebesar ibujari. Bersihkan n kisar halus, campur 1 glas air. Ramuan dibahagi 2 untuk 2 kali minum. Campur madu & kuning telur pada bahagian yg hendak diminum dhulu.

3) Atau petua lain. campurkan 1 biji kuning telur dgn 1 camca minyak bijan. Sapu pada wajah. Biar kering dan bilas bersih.

4) Ambil pisang embon 2 biji. Lumatkan bersama ¼ cawan susu. Ratakan pada kulit. Bila kering bilas bersih.

5) Lastly, amik kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, kisar(blender) dengan ¼ cwn susu. Jika kulit jenis berminyak, kisarkan dgn ¼ cwn campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan lahan hingga 5 mnt. Biar kering dan bilas.

Petua 2: untuk menghilangkan kesan parut.

Parut hitam atau bewarna:

1) 5 helai daun cekur dikisar halus dan dicampur dgn 1 camca the penuh tepung beras bersama 2 sudu besar air. Kacau sebati dan ratakan pd bhagian parut. Biarkan semalaman. (amalkan selalu)

Parut berlekuk:

1) Ambil sebiji timun, buang kulitnya. Kisar dan tapiskan airnya. Ambik hampas dan tempelkan pd muka. Tggu ½ jam dan bilas.

2) 2 helai daun sireh muda dikisar dan tempelkan pada parut. Tggu hingga kering dan bilas.

3) Ambil segenggam daun pegaga bersama akarnya sekali dan kisar lumat. Campurkan dengan sedikit campuran tepung beras( 1 camca the tepung beras bersama dengan 3 sudu makan air). Lumurkan dan biarkan semalaman.

( amalkan 3kali seminggu)

Petua 3: mencerah, menghalur dan melicinkan kulit:

1) 1 buji buah tomato dicampur 1 camca the susu tepung. Lenyetkan dan perlahan-lahan gogokkan pd muka dan leher. (lakukan 3-5 kali seminggu)

2) 1 biji timun dibuang kulitnya dikisar, tapiskan. Ambil airnya sapu pada muka dan biarkan selama 20min. bilas dgn air bersih.

3) ½ genggam kacang hijau dicampur ½ genggam kacang dal, rendam semalaman. Keesokan hari dikisar bersama yogurt. Ratakan pada muka dan leher, tggu kering dan bilas.(lakukan sekerap yang boleh)

4) 1 biji kentang, buang kulit dan canpur dgn 1 buji kuning telur. Lumur pada muka dan bila kering terus bilas bersih dgn air suam.

5) Lastly petua yang paling simple ( yang aku slalu buat).. ambil serbuk teh yang telah anda guna pakai untuk wat air dan lumurkan pada muka dan leher perlahan-lahan. Kering terus bilas.
Sekian dulu tuk petua2 yang aku dapat kongsi kali ini. Ikuti petua2 dan tips penjagaan wajah yang lain bersama saya pada next episode.. selamat mencuba…


(gambar hiasan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...