Thursday, May 13, 2010

Mum, Andainya Kau Tahu

salam..




IBU…ANDAINYA KAU TAHU. (miss lida)

Ibu…
Akulah zigotmu…
Yang terhasil dari sperma dan persenyawa
Akulah embriomu…
Yang menempel pada uterusmu yang suci
Akulah fetusmu..
Yang tidak sabar menjengah bumi…
Dan akulah ibu…
Lambang jirim kasihmu yang abadi

Tangisanku ibu…
Kau reda dengan nasihat terpuji
Gelakku ibu…
Kau sambut dengan nilai-nilai murni
Nakalku ibu…
Kau sulam dengan akhlak muslimah sejati
Dengan hipotesis yang kau ciptakan ibu
Kau mengharapkan hidupku penuh variasi Islami

Tetapi ibu…
Dewasanya anakmu ini tanpa sezarah harga diri
Tanpa lagi atom-atom syahadah
Tanpa lagi molekul-molekul peribasi yang luhur
Tanpa lagi ion-ion keimanaan

Ibu…
Dengan alasan berdikari
Ku jejakkan kaki ke bumi metropolitan
Hidupku tak ubah seperti gerakan Brown
Bebas ! Rawak ! tanpa hala tuju
Yang ku impikan ibu…
Hanyalah keerlingan mata keranjang si buaya
Aku bangga menjadi pilihan pria-pria kota
Hingga ku lupa hamparan sejadah
Hingga ku lupa pesan mu ibu


Dahulu ibu…
Mataku buta dengan lambaian masjid
Tetapi ku galak dengan lambaian disko
Telingaku ku pekak dari alunan dan laungan ayat-ayat suci-Nya
Tetapi peka dengan alunan muzik yang mengasyikkan
Hidungku hilang deria bau wangian Firdausi
Tetapi tajam dengan bauan alkohol yang memabukkan
Lidahku seakan kelu untuk melafaskan zikir dan munajat
Tetapi petah mencaci dan memaki

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Kurasakan gentar menyelubungi siangku
Rantaian dosa-dosa silam menyelimuti malamku
Aku takut ibu…
Aku takut…dengan seruling Israfil
Aku takut…dengan sentakan Izrail
Aku takut dengan cemeti Munkar dan Nangkir
Aku takut…!!!

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Anakmu ini tidak lekang dari tempat sujud-Nya
Bibirku basah dengan dengan kalimah suci
Mataku tersasar ke arah Qiblat-Nya
Telingaku dirakum dari umpatan cela…
Meluruhkan dedaun dosa
Digantikan bebunga pahala

Kiranya kau tahu ibu…
Betapa anakmu dipalit rasa sesal..
Hingga ke akhirnya…


actually sajak tu hasil nukilan my science teacher masa dia wat practical kat sekolah aku. kalu xsalah masa tu aku pom 3. dia sangat-sangat la baik n bayak bagi inspirasi kat kitaorng. nak-nak lagi bagi mereka yang nak meminati n nak amek jurusan human science. sangat mendalam kata-kata yang cuba diselit kan.


dikesempatan ini ak ingin mengucapkan heppy mother day kepada semua ibu, mama, emak, mammy, umi and macam-macam gelaran lagi bg seorang anak kepada insan yang sangat disayangi, yang telah melahirkan, membesarkan dan yang tak terbalas segala jasa dan pengorbanan.

p/s: to miss lida ( my science teacher) miss u so much..

2 comments:

Nurul Huda said...

sajak yg menyentuh perasaan.. happy mother's day.. :)

shasa_fiez said...

(^_6)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...