Tuesday, May 25, 2010

jenis darah menetukan personaliti kita??? eehhh~

salam...

aritu aku ada tgk satu slot gameshow "Guest Guest Guest" kat 8tv. emmm camne leh lak tertarik nak tgk sampai abesh citer tu.. tapi okey la, not bad bagi aku. just a fun show + lawak2.. kire leh gak wat aku gelak sakan kan...hehe..siyes aku xtipu.

show tu ada banyak segment2.. dari segment soklan sampai la game. bnyk sampai aku pun pening.. bayk tul segment, bila nak abis nih.. tapi aku bukan nak promote sal citer nih sebenarnya, but ada satu segment yang wat aku tertarik iaitu personaliti VS jenis darah.. jom tengok sesama.. betul ke x ek?????

Menurut sebuah institut penyelidikan di Jepun yang menjalankan kajian terhadap jenis darah, mereka menyatakan sesetengah personaliti bertepatan dengan jenis darah yang berkaitan.




O

Anda merupakan seorang yang ingin menjadi pemimpin. Apabila anda ingin mendapatkan sesuatu, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Anda juga merupakan seorang trend-setter, setia, bersemangat, dan konfiden dengan diri anda. Kelemahan anda ialah suka bermegah diri dan kuat cemburu serta mempunyai kecenderungan untuk menjadi terlalu kompetetif.

A

Anda sukakan keharmonian, keamanan dan lebih tersusun. Anda mudah bekerja dengan orang lain, sensitif, sabar dan penyayang. Antara kelemahan anda ialah kedegilan dan ketidakupayaan anda untuk berehat.

B

Anda merupakan seorang yang agak kasar, lebih jelas dan berterus terang dalam melakukan sesuatu serta suka melakukan sesuatu mengikut cara anda sendiri. Anda kreatif dan fleksibel serta mudah beradaptasi dengan suasana persekitaran. Namun, sikap anda yang terlalu bebas mungkin menyebabkan anda keterlaluan dan inilah kelemahannya.

AB

Anda merupakan seorang yang cool dan terkawal. Kebiasaannya anda disukai dan selalu menyebabkan orang disekeliling anda berasa senang. Anda juga seorang yang mempunyai keupayaan untuk menhiburkan orang lain. Namun, anda selalunya mempunyai masalah dalam membuat keputusan.



tul ke haah... tapi bila pikir2 balik cam tepat n logik jew.. cube korang sendiri test..

ehh jenis darah aku pe yer???? aiyoo..hohoho...

Thursday, May 13, 2010

Mum, Andainya Kau Tahu

salam..




IBU…ANDAINYA KAU TAHU. (miss lida)

Ibu…
Akulah zigotmu…
Yang terhasil dari sperma dan persenyawa
Akulah embriomu…
Yang menempel pada uterusmu yang suci
Akulah fetusmu..
Yang tidak sabar menjengah bumi…
Dan akulah ibu…
Lambang jirim kasihmu yang abadi

Tangisanku ibu…
Kau reda dengan nasihat terpuji
Gelakku ibu…
Kau sambut dengan nilai-nilai murni
Nakalku ibu…
Kau sulam dengan akhlak muslimah sejati
Dengan hipotesis yang kau ciptakan ibu
Kau mengharapkan hidupku penuh variasi Islami

Tetapi ibu…
Dewasanya anakmu ini tanpa sezarah harga diri
Tanpa lagi atom-atom syahadah
Tanpa lagi molekul-molekul peribasi yang luhur
Tanpa lagi ion-ion keimanaan

Ibu…
Dengan alasan berdikari
Ku jejakkan kaki ke bumi metropolitan
Hidupku tak ubah seperti gerakan Brown
Bebas ! Rawak ! tanpa hala tuju
Yang ku impikan ibu…
Hanyalah keerlingan mata keranjang si buaya
Aku bangga menjadi pilihan pria-pria kota
Hingga ku lupa hamparan sejadah
Hingga ku lupa pesan mu ibu


Dahulu ibu…
Mataku buta dengan lambaian masjid
Tetapi ku galak dengan lambaian disko
Telingaku ku pekak dari alunan dan laungan ayat-ayat suci-Nya
Tetapi peka dengan alunan muzik yang mengasyikkan
Hidungku hilang deria bau wangian Firdausi
Tetapi tajam dengan bauan alkohol yang memabukkan
Lidahku seakan kelu untuk melafaskan zikir dan munajat
Tetapi petah mencaci dan memaki

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Kurasakan gentar menyelubungi siangku
Rantaian dosa-dosa silam menyelimuti malamku
Aku takut ibu…
Aku takut…dengan seruling Israfil
Aku takut…dengan sentakan Izrail
Aku takut dengan cemeti Munkar dan Nangkir
Aku takut…!!!

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Anakmu ini tidak lekang dari tempat sujud-Nya
Bibirku basah dengan dengan kalimah suci
Mataku tersasar ke arah Qiblat-Nya
Telingaku dirakum dari umpatan cela…
Meluruhkan dedaun dosa
Digantikan bebunga pahala

Kiranya kau tahu ibu…
Betapa anakmu dipalit rasa sesal..
Hingga ke akhirnya…


actually sajak tu hasil nukilan my science teacher masa dia wat practical kat sekolah aku. kalu xsalah masa tu aku pom 3. dia sangat-sangat la baik n bayak bagi inspirasi kat kitaorng. nak-nak lagi bagi mereka yang nak meminati n nak amek jurusan human science. sangat mendalam kata-kata yang cuba diselit kan.


dikesempatan ini ak ingin mengucapkan heppy mother day kepada semua ibu, mama, emak, mammy, umi and macam-macam gelaran lagi bg seorang anak kepada insan yang sangat disayangi, yang telah melahirkan, membesarkan dan yang tak terbalas segala jasa dan pengorbanan.

p/s: to miss lida ( my science teacher) miss u so much..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...