Friday, January 22, 2010

Permulaan kisah

Assalamualaikum.
Hi world!

22hb Januari 2010, blog ini dilahirkan. Bukan terus melangkah dan berlari tapi bermula dari bawah. Okay... yang SANGAT bawah! Tanpa ada follower dan kenalan alam maya. Malah aku sendiri tak mahu orang luar tahu kewujudan blog ini (to be honest!). Biar ia-nya jadi 'diari' peribadi yang masa ini aku rajin menaip dari menulis. Tak perlu pening padam, just backspace atau delete! Bila dah rasa puas hati, tekan butang 'post'. Senang~ Tak banyak songeh!

Macam mana aku boleh terjebak dalam dunia blogger ini? Nak kata aku ni 24 jam menghadap komputer? Tak! Memang cita-cita menjadi penulis pun tak! Berangan je lebih. End up aku sendiri pun tak pasti, tahu-tahu dah wujud. Kalau ikutkan sebelum ini pun aku dah pernah create dua blog (but not about my self of course...) Blog pasal kata-kata yang mana more toward the information knowledge etc. Jadi kalau korang nak tahu blog aku tu, bagitahu je. Sumpah korang akan menyesal tengok sebab boring dan sendu gila! Walaupun kadang kala aku ada terfikir untuk jadikan blog ini sebagai alternative dimana blog yang korang boleh dapat manfaat dari isi kandungan nya. Hampir juga aku terfikir untuk jadikan ia sebagai salah satu portal seperti 'Wikipedia' tapi versi melayu. Entahlah boleh di relealisasikan atau tidak.

So sekian dulu untuk mukadimah perkenalan antara aku dan blog ini.

P/s: DEAR BLOG, please be with till the end (promise)
10:59PM


No comments: